
Khan Academy merupakan satu laman sesawang yang dicipta khas oleh Salman Khan, seorang bekas penuntut Universiti Harvard dan kaedah ini merupakan kaedah yang kreatif selaras dengan kemajuan teknologi. Merangkumi subjek kalkulus,trigonometri, kimia, fizik, biologi, ekonomi, matematik, sains sosial dan akaun.
Kaedah ini membantu pelajar untuk memahami sesuatu bab dengan mudah dengan cara pengajaran teknik yang berbeza. Selain itu, pengajaran melalui saluran terkini seperti You Tube dan penggunaan warna dapat menarik ramai pelajar untuk memahami sesuatu dengan lebih mudah.
Khan Academy juga menggunakan pendekatan auditori dan visual. Di samping itu, huraian nota yang diberikan lengkap, tidak menggunakan teori semata-mata dan menggunakan pendekatan dunia yang sebenar. Tambahan, Khan Academy memberikan contoh semasa untuk memudahkan proses pemahaman.
Tekan bawah untuk laman web Khan Academy
Tekan bawah untuk youtube Khan Academy
0 comments:
Post a Comment